KPP BTPN KELANTAN

APLIKASI ATAS TALIAN

PKG LABOK

Pusat Kegiatan Guru Labok
18500 Machang
Kelantan
Darul Naim
Tel / Faks : O97878844
Email : Pkg_labok@moe.edu.my
facebook : Pusat Kegiatan Guru Labok

 

In order to view this object you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player
Joomla! Slideshow
PUSAT KEGIATAN GURU LABOK
INFO TERKINI PDF Print E-mail
Written by muslinda   
Wednesday, 07 December 2011 07:44

 

Set Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK Guru dan Murid Peringkat Kebangsaan

 

Dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan kajian Set Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK Guru dan Murid Peringkat Kebangsaan bermula pada 9 hingga 20 April 2012. Bagi memudahkan untuk mengakses Borang Kajian Secara Online ini, diharap BTPN dapat menyediakan link/pautan ke portal Kajian ini seperti yang terdapat di portal BTP di URL berikut:

Set Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK Guru dan Murid Peringkat Kebangsaan

*Klik untuk ke laman tersebut

" Teknologi untuk Pendidikan Bestari "

 

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat

PKG/PPD Machang 2012

 

Pada 1 Mac 2012 hari Khamis,tiga PKG Daerah Machang iaitu PKG Labok,PKG Jambu Lawar dan PKG Machang telah berkerjasama dengan PPD Machang bagi menganjurkan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Machang 2012.Majlis ini diadakan di PPD Machang,majlis tersebut dirasmikan oleh Encik Azmi Bin Daud,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Machang,Unit Bahasa Melayu

 

Seramai 11 orang murid mengambil bahagian dalam program in melibatkan sekolah rendah dan menengah

 

Seterusnya,semua perserta diberi ujian bertulis untuk menguji dan mengesan kemahiran peserta dalam memberikan pendapat dan ulasan.Selepas itu,bermula sesi ujian lisan yang dibahagikan kepada empat stesen.Stesen 1: Pengesanan Kemahiran Membaca.Stesen 2: Pengesanan Pengetahuan.Stesen 3: Pengesanan Kebestarian.Stesen 4: Pengesanan Penghayatan dan Aspirasian Pembaca

menunggu Giliran


Stesen 4 : Pengesanan Penhayatan dan Aspirisiasi Pembaca

 

Stesen  3: Pengesanan Kebestarian


Stesen 1 : Pengesanan Kemahiran Membaca,

Stesen 2 : Pengesan Pengetahuan

 

Panel- panel hakim terdiri daripada empat orang Pegawai Teknologi Pendidikan iaitu Tuan Haji Abdul Shafri Bin Mohammad Pegawai teknologi Pendidikan 1,PKG Jambu Lawar,En Zamri Bin Mat Jaeh,Pegawai Teknologi Pendidikan 1,PKG Ketereh,En Surdi Bin Abdullah,Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Machang dan Puan Hasni bt Zakaria,Pegawai Teknologi Pendidikan 2 ,PKG Machang.Turut membantu menjayakan majlis ini ialah Encik Sabri bin Yunus,Pengawai Teknologi Pendidikan 1,PKG Ipoh,Tanah Merah

Rakaman Video untuk sepanjang majlis berlangsung dipertanggungjawab kepada Pegawai Teknologi pendidikan 1,PKG labok iaitu Pn Shafini Bt Ghazali.Manakala rakaman foto pegun ditugaskan kepada Puan Siti Zainab Bt Zakaria dan Siti Norshaliza Bt Mustafa.Kedua-duanya adalah Juruteknik Komputer PKG Machang dan PKG Jambu Lawar.

Pemenang Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG/PPD Machang 2012

Tempat Pertama : Nur Auni Izzati Bt Muhd Rushidi ( SK Machang 1)

Tempat Kedua : Anis Athirah Bt Muhd Razuhanafi ( SK Machang 1)

Tempat Ketiga : Nur Baiti Jannah bt Muhini ( SK Bandar)

Peserta dari sekolah Menengah iaitu Nurzaida Syaza Binti Zawawi,SMK Machang mewakili Daerah Machang Untuk Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2012

 


Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan

dan Media Bil 1/2012

 

Pada 22 Febuari 2012.Bertempat di Bilik Ibnu Sina PKG Labok telah Mengadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media ali pertama 2012.Mesyuarat tersebut di pengerusikan oleh En Zamri bin Mat jaeh Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok dan di bantu Pn Shafini bt Ghazali Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG labok



En Zamri Bin Mat Jaeh (PTP 2 PKG labok)

Pn Shafini Bt Ghazali (PTP 1 PKG Labok)

 

 

Tuan Haji Abdul Shafri Bin Mohammad

Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Jambu Lawar

dijemput untuk memberikan maklumat tentang I- NILAM dan IQ-PSS

 



Antara agenda-agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pelaporan aktiviti 2011 yang di persembahankan melalui video klip,perancangan aktiviti 2012 ialah Pertandingan Filem Digital anjuran Unit Promosi,Inovasi dan Media BTPN Kelantan serta hal-hal berkaitan

 


Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Kelompok PKG Labok 2012

 

 

Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras

Bestari Bil 1/2012

 

Pada 20 Febuari 2012 PKG Labok telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Bestari kali pertama 2012.mesyuarat tersebut berlangsung di Bilik Ibnu Sina Pkg Labok.Seramai 13 orang Guru GPB hadir dalam mesyuarat tersebut.En Zamri Bin Mat jaeh selaku Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok menjadi Pengerusi mesyuarat itu.


En Zamri Bin Mat Jaeh

Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG labok

 


Pn Shafini Bt Ghazali

Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok yang baru

 

 

Agenda-agenda yang disamapaikan dalam mesyuarat tersebut ialah laporan kerosakan peralatan ICT melalui STS,makluman berkenaan dengan penyelenggaraan,perolehan baru dan penggantian ICT,pengisian SSQS dan SPPICTS,karnival pembestarian ICT dan hal- hal lain berkaitan tugas GPB di sekolah

 

 

Guru Penyelaras Bestari Dekolah kelompok PKG labok

 


Taklimat Pemuafakatan JK PKG

Daerah Machang 2012

 

Pada 9 Februari 2012, tiga PKG  bergabung menganjurkan satu Taklimat Permuafakatan JK PKG Daerah Machang bagi 2012 bertempat bilik Mesyuarat Utama PDD Machang.

Taklimat ini diadakan bertujuan memperkukuhkan lagi semangat kemuafakatan dan kerjasama antara sekolah-PKG-PPD dalam menerajui transformasi pendidikan dalam era ICT kini. Guru Besar dan Pengetua adalah individu yang disasarkan untuk taklimat ini.

 

sesi Pendaftaran

 

Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi, setengah jam sebelum taklimat dimulakan. En. Mohd. Hazmi bin Ariffin, Pen. PPD Machang, dilantik sebagai Pengerusi Majlis untuk taklimat ini. Ini bersesuaian dengan tugas beliau sebagai Pegawai Meja PPD-PKG Daerah Machang. Timbalan PPD Machang, Tn. Hj. Ab. Aziz bin Abdul Rahman dijemput bagi merasmikan majlis ini.

Majlis diteruskan dengan taklimat Perancangan Aktiviti PKG-BTPN Kelantan bagi tahun 2012. Taklimat ini disampaikan oleh En. Lokman bin Ishak, Pen. Pengarah Unit Intervensi dan Latihan BTPN Kelantan. Disusuli pula Pelaporan Aktiviti bagi tahun 2011 oleh En. Surdi bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Machang.

 

Dari kiri, Timbalan PPD Machang, wakil Pengetua SM Sains Machang, GB SK Machang 1 & GB SK Pangkal mak wan

 

Antara maklumat yang disampaikan kepada jemputan ialah berkenaan dengan Program 1Bestarinet, Sistem Pengurusan Sekolah, Karnival Pembestarian ICT dan hal-hal lain. Selain itu, beberapa permasaalahan yang diluahkan oleh jemputan, dicatat dan akan diambil tindakan segera untuk mendapatkan penyelesaian.

En. Zamri bin Mat Jaeh(PTP PKG Labok) menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Ab. Aziz bin Ab. Rahman (Timbalan PPD Machang)

 

 

Kejohanan Futsal Piala KPP

 

 

 

pada 21 Januari 2012 jam 9.00 pagi, berlangsung Kejohaman futsal piala KPP  di Massa Planet Futsal Centre, Panji. Kejohanan futsal tersebut dirasmikan oleh Puan Hjh Masdiyah binti Jemain, Ketua Pelonong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.

 

 

Mesyuarat Penyelarasan Program Dan

Aktiviti Pembangunan Pusat Sumber

BTPN-PKG-SEK Bil 1/2012

 

 

Pada 16 Januari 2012, jam 9 pagi, bertempat di Bilik Ibnu Sina, PKG Labok telah menerima kehadiran pihak BTPN Kelantan, Unit Perkhidmatan Pusat Sumber Pendidikan dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari 26 buah PKG Kelantan. Fokus utama adalah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program dan Aktiviti Pembangunan Pusat Sumber BTPN-PKG-SEK kali pertama untuk 2012. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah Pn. Hjh. Masdiyah bt Jemain, Ketua Pen. Pengarah BTPN Kelantan dan Pn. Mariah bt Buyong, Ketua Unit PKG Kelantan.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zakaria b. Hassan, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan.  Antara agenda yang diperbincangkan adalah berkenaan pemilihan tokoh NILAM, khidmat bantu PSS, pengurusan data PSS, i-QPSS dan i-NILAM, pemantauan Pusat Sumber PKG dan sekolah serta hal-hal yang bersangkutan dengan PSS. Semua program dan aktiviti ini bakal dilaksanakan pada 2012.

 

Pn. Hjh. Masdiyah bt Jemain, KPP BTPN Kelantan

 

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan yang hadir ke mesyuarat.



 

 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan BTPN Kelantan

 

 

Pada  11 Disember 2011, bertempat di Dewan Amanah, BTPN Kelantan, satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Peringkat BTPN Kelantan bagi tahun 2011 telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pihak sekolah dan warga BTPN, PKG Kelantan khasnya. Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Rosnani bt. Mohamed Ali selaku Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan.

 

 

Ketua Pen. Pengarah BTPN Kelantan dan Pengarah BTP, KPM

 

Ucapan alu-aluan daripada Pn. Hjh. Masdiyah bt. Jemain, Ketua Pen. Pengarah BTPN Kelantan

 

Penerima Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Peringkat BTPN Kelantan 2011

 

Ucapan perasmian Majlis oleh Pn. Rosnani bt Mohamed Ali, Pengarah BTP

 

En. Zamri b. Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labok menerima sijil penghargaan atas pencapaian sekolah kelompok yang memperolehi 5 bintang dalam penarafan bintang SSQS 2011

Pusat Kegiatan Guru Labok turut menerima sijil penghargaan atas pencapaian sekolah kelompok PKG Labok yang memperolehi 5 bintang dalam penarafan bintang Smart School Qualification Standard(SSQS) bagi tahun 2011. Sekolah kelompok terbabit ialah SM Sains Machang dan SMK Abdul Samad. Diharap pencapaian 2 buah sekolah ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah kelompok dalam PKG Labok.

 

 

 

Pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan

 

<

 

Pada 15 November 2011,PKG labok telah menerima Pegawai Teknologi Pendidikan 1 yang baru iaitu Pn Shafini bt Ghazali,

mantan Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Jambu Lawar.Memo Pertukaran beliau adalah bertarikh 5 September 2011.Tapi memandangkan En. Abdul Shafri

b. Mohammad,Pegawai pendidikan Teknologi 1, PKG Jambu Lawar bercuti kerana menunaikan haji di mekah,beliau memohon untuk menangguhkan tugas

di PKG Labok kerana memangku tugas PTP1 tersebut sehingga 14 November 2011

 

 

 


Last Updated on Thursday, 05 April 2012 07:08
 
« StartPrev12345678NextEnd »

Page 1 of 8
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday9
mod_vvisit_counterYesterday7
mod_vvisit_counterThis week9
mod_vvisit_counterLast week85
mod_vvisit_counterThis month256
mod_vvisit_counterLast month481
mod_vvisit_counterAll days1279

We have: 1 guests online
Your IP: 38.107.179.227
 , 
Today: May 20, 2012
Visitors Counter

KALENDER

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

wmt Joomla Module

JAM

PENGUMUMAN PENTING

Pengisiaan SSQS telah dibuka mulai 9 Julai sehingga 24 Julai

diharap sekolah kelompok Pkg Labok mengisi dengan kadar segera

kerjasama guru-guru amat diperlukan

CARIAN

UNDIAN

Pendapat Anda Tentang Web Ini
 

PAUTAN RASMI



Dasar Keselamatan

No Feed URL specified.

Penafian

 

PENAFIAN
BTPN Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768

 

Notis Hak Cipta

Copyright © 2012 PUSAT KEGIATAN GURU LABOK. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

PENAFIAN:BTPN Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.